My Life Stories
Monday, 27 August 2012
Thursday, 2 August 2012
Himpunan Mutiara Kata Ustaz Don Danial Don Biyajid
Assalamualaikum W.B.T
Untuk entri pada kali ini, saya berkongsi dengan kalian semua dengan seorang insan Allah yang tawaduk dalam usia yang muda. Seperti mana yang kita tahu dalam zaman era globalisasi kini agak susah untuk mencari seorang pemuda yang tawaduk keJalanNYA. Insyallah saya ingin menjadikan beliau "Ustaz Don Daniyal Don Biyajid" sebagai Roll Model bagi melonjakkan paradigma keimanan dalam diri ini...
P/S : Jangan anggap seorang yang bergelar ilmuan tidak layak untuk mengikuti perkembangan fesyen semasa asalkan menjaga akidah serta aurat dalam Islam --->>> My Life Stories
Tanda 100 Hari Kematian Kian Hampir
Orang
yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati \(~_^)/
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahua’lam..

Wednesday, 1 August 2012
Pengajaran dari satu penampar
Ada
seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan
angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan. 3 pertanyaan
yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu
seorang imam tua di kampungnya.
Pemuda:
Pak imam apakah boleh menjawab p...ertanyaan-pertanyaan saya?
Pak
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!
Pemuda:
Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.
Pak
Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya’Allah.
Pemuda:
Saya ada 3 pertanyaan
1.
Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
2.
Apakah yang dinamakan TAKDIR?
3.
Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki
unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
*Dengan
sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda
(sambil menahan sakit) : Kenapa pak imam marah kepada saya?
Pak
Imam : Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan
yang awak tanyakan kepada saya.
Pemuda
: Saya amat tidak faham…??
Pak
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda
: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak
Imam : Jadi awak percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda
: Ya….!
Pak
Imam : Tunjukan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda
: Tak boleh pak imam…!!!
Pak
Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan
kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak
Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda
: Tidak….!!?
Pak
Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari
ini?
Pemuda
: Tidak….!!!?
Pak
Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak
Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda
: Kulit dan daging…!!!
Pak
Imam : Terbuat dari apakah pipi awak itu…?
Pemuda
: Kulit dan daging….!!!??
Pak
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda
: Sakit dan pedih….!!!?
Pak
Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api,
Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan
untuk syaitan…. walaupun sama unsur asalnya…!!
Pemuda
: Allahuakbar!
Tip Menjadi Anak Soleh/Solehah
Setiap anak wajib
berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui
hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak
bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan
hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin
uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat
sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah.
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi
melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi
tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi
tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.
Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk
membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat
tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk
didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang
lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu
bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan
harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih
sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah
dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap
anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak
melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon
kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah
bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah
al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan
seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan
kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal
dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan
memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan
dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin
meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang
disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar
diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa
mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi
permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan
sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan
masa.
Memenuhi permintaan
ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya,
memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang
sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan
berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan
daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi
Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda
bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab
baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6. Melakukan apa yang
disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik
pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna
melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada
ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada
ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah
bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan
menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain
diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni
balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka
kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada
pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7. Bercakap dengan
lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut
dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan
mereka.
Firman Allah
bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain
Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah
seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau
suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.
(Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak
ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud
merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata
yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan,
gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan
kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh
kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan
seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa
bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa
bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap
meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan
dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan
kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu
bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu
bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah
bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya,
melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat,
ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang
sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan
anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas
jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan
yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk
anak berbakti
kepada ibu bapa
sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia.
Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih
hidup.
Kita selalu melihat
dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di
sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik
kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika
kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.
Suami 'PoWeR' Isteri SaYaNg
Setiap isteri
amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang
hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong
suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri
sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah
tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut
adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal
suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus
meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin
keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan
pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda

7. Menjaga anak-anak bersama
isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8.Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua

P/S :Untuk bakal2 suami diluar sana,apa anda tunggu lagi....Practise Make Perfect!!!
Madah Kehidupan
Assalamualaikum W.B.T
Hari ni nak berkongsi madah kehidupan buat
pedoman untuk kita..Jadi mie suka membacanya..ada yg terkena dan mengena dalam diri kita..jom kita baca.. :)
·
Jangan
tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat
menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, karena kekayaan dapat
musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena
hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu
menemukan orang seperti itu.
·
·
Ada
saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin
hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu
memimpikan orang seperti itu.
·
·
Bermimpilah
tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
·
·
Semoga
kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang
cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi,
pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk
membeli hadiah-hadiah.
·
·
Ketika
satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali
kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu
lain yang dibukakan bagi kita.
·
·
Sahabat
terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa
mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan
telah bercakap-cakap lama dengannya.
·
·
Sungguh
benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita
miliki sampai kita mendapatkannya.
·
·
Pandanglah
segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu,
sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.
·
·
Kata-kata
yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam
dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya
dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan
memberkahi.
·
·
Awal
dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan
tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan.Jika tidak, kita hanya
mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
·
Orang-orang
yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya
berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
·
·
Mungkin
Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum
bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih
atas karunia itu.
·
·
Hanya
diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur
hidup untuk melupakan seseorang.
·
·
Kebahagiaan
tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang
mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
·
·
Cinta
adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika da masih tetap peduli
padanya.
·
·
Hal
yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat
berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu
harus melepaskannya.
·
·
Cinta
dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir
dengan tetesan air mata.
·
·
Cinta
datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada
mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih
mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
·
·
Sungguh
menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi yang lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian
untuk mengutarakan cintamu kepadanya.
·
·
Masa
depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak
dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit
hati di masa lalu.
·
·
Jangan
pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah
menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak
mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
·
·
Memberikan
seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu!
Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di
hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh dihatimu.
·
·
Ada
hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari
orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah
menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh
hati.
·
·
Waktu
kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum - jalanilah
hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang
disekelilingmu menangis
P/S: Hari2 yg berlalu, umpama air yg
deras..sekali dia bah..nescaya musnah segala keindahan.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)