Indah
langkahmu seindah namamu,
Sehalus
budimu sesegar senyumanmu,
Kau
menongkah arus duniawi,
Berpantang
undur sebelum noktah terakhir,
SAHABAT
Bicaramu penuh kata hikmah,
Perangsang
utuh insan kesepian,
Kini
kau muncul kembali,
Hayunan
langkah penuh misteri,
Rahsia
jiwa fikiran mindamu,
Tuhan
penentu segala-segalanya,
SAHABAT
Buih di
lautan usah kau citakan,
Ilmu di
minda usah dilekakan,
Bajailah
ia dengan penghayatan,
Siramilah
ia dengan keikhlasan,
Tenang
jiwa bahagia segalanya,
SAHABAT
Ukhwah
terjalin hampir ke senja,
Sirami
air mata usah kau cucurkan,
Andai
noktah kita sampai ke senja,
Anggaplah
sebagai dugaan semata,
Ketahuilah
persahabatan kita terlalu bermakna buat diriku.
*Teman Seperjuanganku Sek.Men.Dato' Syed Ahmad
*Teman Seperjuanganku Universiti Teknologi Mara Perlis
*Teman Seperjuanganku PLKN Kem Lagenda Sri Negeri,Langkawi
No comments:
Post a Comment